Wednesday 29 February 2012

Full Stoppp !!!!



Mesti ramai yang tension and stress sangat-sangat kan bile berat badan korang tetibe naik.. tiap minggu pegi pasaraya cari penimbang.. kalo jenis mesin yang bebunyi tu siap bagitahu lagi berat korang 68KG.. perghhh.. memang tetusuk jiwa mak dengar nak..haha.. kalo jenis  benombor plak.. masuk 20$.. tengok nombor tetera terus diam seribu bahasa.. esok lusa mesti tak makan..hakhak.. tapi sebelum "kejadian" tu tak ingat nak bepada-pada.. semua bende nak sumbat dalam mulut.. janji sendawa.. blurpppp.. bile berat naik mendadak mula la.. gelisah alah resah duduk diamuk sakit rindu.. haaa.. kan kak jah da start membebel..haha..

Tapi jangan risau wahai hulubalang-hulubalangku.. bedirinya hamba di sini, pemegang mohor-mohor besar raja-raja berlembing mengishtiharkan satu tips kesihatan iaitu 8 jenis makanan yang perlu korang elakkan untuk memantainkan atau mengurangkan berat badan korang yang naik mecungap tu..huhu.. nak tahu ape?? meh sini hamba urai satu-persatu..

1. Soft Drinks / Minuman bergas

Seperti yang korang semua tahu.. mungkin jugak ade yang tak tahu (jenis ni jenis yang malas nak amek pot or dll) Soft drinks merupakan minuman sejuk, segar, manis, dan addictive. Skali teguk memang rase puas kan?? tapi sebenarnye soft drinks ni mengandungi kandungan kafein yang sangat tinggi. Penggemar minuman jenis ni mungkin tidak tahu atau tidak sedar akan tercetusnya kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan bekafein yang di minum. Minuman ni jugak hampir kesemuanye atau tidak "secoet" pon dalam bahasa pahangnya, berkhasiat untuk badan anda. Pesanan saya,  bebanyakan la minum air masak or air kosong.. kalo  korang rase perlukan gula, just amek jus buah-buahan macam epal or limau.. lagi bagus..

2. 
Minuman Kedai Kopi

Ni same macam minuman bergas jugak, kalo pak cik-pak cik yang lepak kat kedai kopi tu mesti oder air kopi sambil main aji kan??.. tak pon abang-abang bola yang duk sokong Malaysia yang tak menang-menang tu..haha.. kalo jenis orang lagu ni.. mai cek nak kabaq kat hangpa suma.. tolong henti kan la minum air bekafien ni.. sat agi takut hangpa pulak yang goal oke..haha.. sebab ape cek cakap lagu ni?? kebanyakan kopi di kedai la ni mengandungi creamer, gula, dan perisa tambahan yang lain. Tak kira samada kopi o' atau susu rendah kalori.. semua sama ja.. Kalo hangpa duk kalut nak minum jugak , hangpa kena oder kopi o' kosong dan suruh brader tu bawakan susu, creamer atau gula kat meja hangpa.. kabaq jela nak isi sendiri.. sat agi mesti dia kata "aku ke ko owner kedai ni tonk??"..haha

3. Produk kaya tepung

Ini satu lagi.. elakkan makan roti putih dan makanan yang mengandungi tepung yang diperkaya. Tepung yang diperkaya ni dalam erti kata lain adalah tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Maksudnye da hilang la kesegaran dan keaslian sebenar.. Kalo teringin jugak nak makan roti belilah roti buatan Malaysia..haha.. tak la roti yang mengandungi gandum dan pasta.. tebaik wok..

4. Roti, kek, dll

Kalo sebut pasal kek ni memang hilang kestabilan diri.. sebab biler tengok je 'beliau' mesti bekocak air liur menahannye..kan?? hehe.. lebih-lebih lagi kalo kek coklat.. memang sedap giler gaban kot..haha.. roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk korang tu pon same.. bukanlah pilihan yang tepat untuk makan. Kandungan makanan macam ni kadangkala di luar jangkaan kite.. Kebanyakannye mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang sangat tinggi.. kalo nak beli makanan, pastikan korang periksa makanan tesebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak.. sebab sesetengah  pengeluar makanan ni suke menipu.. kat label tu tulis ‘tanpa lemak tepu’.. mase promosi pulak kate kurang lemak ape la.. padahal da abes makan betepu-tepu lemak kau kutip.. kalo da rase ragu-ragu macam gitu.. kene la periksa dulu kandungan bahan yang di gunakan yup..


5. Makanan pek segera/Makanan dalam tin (instant) 

Nudget, bebola, sardin dan dll.. di mana je kite boleh jumpe makanan ni kan??.. dan makanan jenis nilah yang paling banyak dibeli oleh orang (betul la.. takkan tenggiling pulak ye tak)..hehe.. sebab musabab kite memerlukan makanan ni di sebabkan jadual harian yang padat.. so kite mesti nak makan sesuatu yang mudah dan pantas.. lagipon makanan segera ni memang sedap dan delecious..huhu.. tapi sebenarnya yang sedap tula boleh mendatangkan penyakit walaupon dalam jangka masa yang panjang kerana makanan berpek ni mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi dan kite sendiri pon tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer yang meresap ke dalam badan kite. jadi amek la makanan yang kurang mengandungi kalori yang tinggi.
7. Makanan bergoreng 

Ok makanan jenis ni pulak mengandungi kalori yang tersembunyi.. bukan tesorok..haha.. tetapi pada sesetengah restoran ni kadang-kala mereka menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng yang begaul dengan mentega atau telur yang banyak. sila jauhi makanan-makanan seperti ni.. antara contohnye goreng pisang, mee goreng, car kuew teuw dll. Kalo rase memang meroyan sangat nak makan makanan ni.. sila-silakan la rajin untuk memasak di rumah supaya mudah untuk kite menentukan pemilihan kuantiti bahan yang digunakan mengikut resepi korang sendiri..


8. Makanan segera


Giler.. siapa yang tak suka burger, ayam goreng dan french fries kan? Memang sedap kemain, tapi ni la makanan yang paling belemak dan mesti di elakkan  dari hidup korang.. makanan segera sepeti ni kebanyakannye di goreng dan jarang sekali mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan.  SO WHAT?? Hadkan la pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali saje setiap bulan.. tu kire ade peluang lagi la nak makan kfc, mcd or burger king sekali-skala..hehe..

Ok la wei, saya nak pi tido la pas kenyang melantak burung puyoh tadi.. haha.. kite jumpe lagi di lain ari dan bukan waktu yang sama dalam rancangan "kala malam epi tetido"..huhu.. tata..





No comments:

Post a Comment