Hidup
tak pernah lekang dengan masalah. Bukan manusia namanya kalau hidup
tidak diduga. Setiap orang punya masalah masing-masing, cuma caranya
saja yang berbeza. Bila hati sedang bersedih, jiwa sedang berduka, minda
sedang berkecamuk, resah dan gundah menjadi teman setia. Sejak dua
menjak nie rajin betul nak berblog sebab jiwa kacau nak menaip..hoho...So nak share
sikit bagaimana cara mengatasi kesedihan dan kepiluan.
Menangis - menangislah semahunya kalau itu buat korang lega. Kalau orang lelaki tu susah sikit nak menangiskan, saya rasa tips nie sesuai untuk perempuan je la!huhu..
Berdoa - Mohonlah kepadaNYA. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Berdoalah semoga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah hati akan tenang dan akan segera peroleh cara menyelesaikan masalah itu.
Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Perbanyakkan selawat dan zikir.
Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran, membaca pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, melayari internet dan sebagainya.
Luahkan perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling korang percaya, sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu yang boleh membuatkan korang ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih.
No comments:
Post a Comment