Friday, 24 February 2012

Puding Trifle Koi


Sibuk jelajah blog orang sana sini tetibe teringin lah pulak nak share bagaimana cara membuat puding trifle. Di ingatkan bahawa saya sendiri pun belum sempat untuk mencubanya..haha.. Mula-mula tengok dan rasa puding trifle ni mase makan beradab abang sulong saya kawen taun lepas. Jiran sebelah rumah yang buat.. Perghhh..memang betul-betul  hoowliow.. Rase skali terabur gigi..hehe.. Kalau kawan-kawan berani nak cube.. Ini resepinya.. saya copy dari blog http://www.myresipi.com/top/detail/421

Bahan-bahan
·         1 tin susu cair
·         1 sd besar gula
·         4 sd besar tepung kastard
·         1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
·         ½ biji kek gulung sederhana saiznya
·         1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
·         1 peket agar-agar jeli kristal Nona
·         1 mangkuk air panas



Cara-cara
  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api. 
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api. 
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi. 
  6.  Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.      
  7.  Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. 
Kalau jadi buat.. Begini hasilnye.. Warnanye memang menarik kerana ia adalah hidangan pencuci mulut.. Kepada orang-orang malas macam saya memang patut cuba kerana resepi
ni teramatlah senang.. Selamat Mencuba =)


4 comments:

  1. wah cm sdap..k.jiah wt la..koi dtg uma rse..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah aok bukan macam sedap..memang sedap pon..hihi..bleh je..beli la bebahannye..huhu

      Delete
  2. buat la jiah..kome nok sikit..heehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..koi takut pas makan orang seme basuh mulut bukan makan pencuci mulut..kusam je kalo koi buat..huhu

      Delete